fbpx

Wilayah Persekutuan tidak boleh terus dibelenggu imej birokrasi – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha.

PETALING JAYA – Jabatan Wilayah Persekutuan diarahkan mewujudkan Pasukan Pemacu Governans dan Integriti sebagai sebahagian daripada aspek reformasi urus tadbir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, reformasi urus tadbir tidak boleh ditangguhkan dan mesti dilaksanakan segera tanpa kompromi.

Menurut beliau, Wilayah Persekutuan tidak boleh terus dibelenggu imej birokrasi melelahkan, tetapi tampil sebagai lambang kepada sistem pentadbiran yang berani mencabar status quo.

“Sistem yang memperlihatkan ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti dalam setiap tindakan. Reformasi ini bukan semata-mata soal prosedur. Ia adalah tentang budaya kerja dan cara fikir para pegawai.

“Jika ada sistem yang lapuk, kita semak semula. Jika ada SOP (prosedur operasi standard) yang membuka ruang kepada salah guna kuasa, kita betulkan. Jika masih wujud budaya takut menegur, kita mesti hentikan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Dr. Zaliha berkata, pada masa sama, semua bahagian dan agensi diminta untuk melaksanakan audit kendiri terhadap SOP dan proses kerja sedia ada.

Kata beliau, audit tersebut bukan untuk mencari salah, tetapi untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan yang berterusan.

“Kita sedang membina budaya kerja baharu dalam perkhidmatan awam. Saya percaya, setiap keputusan yang dibuat dengan niat jujur akan membina keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan perkhidmatan awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI