fbpx

[VIDEO] Selesai tugasku mengiringimu di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan yang dikongsikan oleh Tuan Zarul bersama Allahyarham Tun Abdullah.

PETALING JAYA – “Selesai tugasku mengiringimu di dunia.”

Itulah luahan penuh sayu Tuan Zarul, individu yang setia berkhidmat selama hampir 21 tahun menjaga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menerusi satu hantaran di akaun TikTok milik @DarulAizar, Tuan Zarul turut berkongsi beberapa gambar kenangan ketika berkhidmat bersama Allahyarham, yang dianggap seperti bapa kandungnya sendiri.

“Betul tu, rasa macam ayah sendiri dah Tun Pak Lah (Tun Abdullah), hampir 21 tahun dengan beliau,” tulisnya di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dan mengucapkan penghargaan atas jasa serta kesetiaan beliau terhadap Allahyarham Tun Abdullah.

“Beruntung kamu menjaga Tun Abdullah Ahmad Badawi, orang yang warak dan soleh. Semoga nanti awak berjumpa di syurga Allah. Al-Fatihah buat arwah,” komen @Umi.kasma8.

“Terima kasih orang baik, sentiasa ada bersama dengan Tun hingga hujung nyawa. Segala pengorbanan dan khidmat tuan akan menjadi ganjaran disana. Al-fatihah utk Tun,” komen @Ned_Nina.

“Terima kasih berkhidmat untuk Allahyarham Tun hingga hujung nyawa,” kata @Azaidar.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Tun Abdullah, 85, selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara kelmarin.

Sebelum ini, Perdana Menteri ke-5 itu menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam pada 14 April selepas mengalami masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE

@darulaizal #CapCut ♬ original sound – sarifahumikalth17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI