fbpx
Menerusi kontrak baharu, Salah dijangka menerima gaji £400,000 (RM2.31 juta) seminggu.

Ramai cemburu Salah kekal di Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL hanya memerlukan dua kemenangan saja lagi untuk mengesahkan status sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2024/25.

Biarpun masih berbaki enam perlawanan, namun The Reds mampu menjulang trofi kejuaraan lebih awal kerana mendahuli pasukan di tangga kedua iaitu Arsenal dengan jurang 13 mata.

Kejayaan yang diraih oleh kelab berpengkalan di Merseyside itu adalah hasil kerja keras semua pemain, selain kehebatan ketua jurulatih, Arne Slot dalam merencana taktikal.

Bagaimanapun, kejayaan diraih Liverpool pada musim ini cukup sinonim dengan kehebatan luar biasa ditampilkan oleh pemain bintang pasukan tersebut iaitu Mohamed Salah.

Pemain kelahiran Mesir itu berjaya menampilkan aksi memukau dengan menjadi penjaring terbanyak liga ketika ini iaitu 27 gol, selain mendahului carta bantuan gol sebanyak 18.

Justeru itu, tidak hairanlah ramai peminat setia Liverpool menarik nafas lega selepas Salah bersetuju untuk menyambung kontrak selama dua tahun lagi bersama pasukan itu pada minggu lalu.

Sebelum ini, Salah dilaporkan akan berpindah ke ‘Liga Gurun’ bagi meneruskan kariernya selepas tiada kontrak baharu ditawarkan oleh pengurusan kelab kepadanya.

Menerusi kontrak baharu, Salah dijangka menerima gaji £400,000 (RM2.31 juta) seminggu. Dengan gaji yang lumayan itu, ia diharap dapat membakar semangatnya untuk terus beraksi cemerlang bersama pasukan.

Terbaharu, pemain pertahanan paling berpengaruh di Liverpool, Virgil van Dijk juga dilaporkan akan menandatangani kontrak lanjutan bagi membolehkannya beraksi selama dua tahun lagi di Anfield.

Situasi ini pastinya menggembirakan para penyokong dan ramai mula menjangka bahawa Liverpool mampu meneruskan dominasi EPL serta meraih kemenangan ketujuh dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dalam dua musim mendatang.

Sebagai penyokong setia Liverpool, penulis merasakan berita Salah dan Van Dijk kekal bersama pasukan membuktikan bahawa pihak pengurusan kelab sentiasa berusaha melakukan yang terbaik.

Sementara itu, kebanyakan pemerhati bola sepak di Eropah pula menjangkakan bahawa Liverpool akan dibina semula dengan kehadiran pemain-pemain muda dan Salah menjadi asasnya.

Bagi penyokong pasukan lawan, ramai berseloroh bahawa Liverpool akan menjadi pasukan kuda tua kerana dibarisi ramai pemain berumur. Misalnya, Salah berusia 32 tahun, Van Dijk (33) dan Alisson Becker (32).

Penulis merasakan, dalam tempoh dua tahun mendatang pihak pengurusan kelab perlu mencari pengganti ideal kepada pemain-pemain ini.

Pasukan tidak boleh terus berharap kepada kudrat mereka yang sudah ‘kendur’. Jika gagal mencari pengganti tepat, prestasi pasukan pasti akan terjejas dan mungkin senasib dengan Manchester United. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN