fbpx

Penjawat awam diminta tingkat mutu kerja, tidak ikut cara lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad ketika hadir Program Bitara Madani - Bicara Aspirasi HEMAT Aspirasi Menuju Reformasi Zon di Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Penjawat awam diminta melaksanakan satu anjakan yang signifikan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ada berlaku krisis kepercayaan dalam kalangan rakyat terhadap penjawat awam disebabkan beberapa peristiwa kurang baik yang terjadi akhir-akhir ini.

“Oleh itu, saya tidak mahu lagi ada rungutan kerana kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menekankan kepantasan kita sebagai penjawat awam untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat….kita tidak boleh lagi selesa bekerja dengan cara lama.

“Selain itu, penambahbaikan elemen teknologi antaranya aplikasi digital boleh memudahkan urusan sekali gus mengurangkan risiko tidak puas hati rakyat terhadap perkhidmatan yang kita berikan.

“Sekiranya urusan-urusan berkaitan dapat dilaksanakan dalam bentuk digital, budaya rasuah turut dapat dikekang memandangkan interaksi fizikal dapat diminimumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Bitara Madani – Bicara Aspirasi HEMAT: Aspirasi Menuju Reformasi Zon di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI