fbpx

Paip utama bocor, ratusan pelajar UniMAP terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video warga UniMAP mengambil air yang dibekalkan ke asrama pelajar, baru-baru ini.

PADANG BESAR – Kebocoran saluran utama paip air berhampiran Kompleks Perumahan Uniciti Alam (KPUA), Kampus Sungai Chuchuh, dekat Padang Besar menjejaskan ratusan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sejak awal minggu ini.

UniMAP dalam satu kenyataan memaklumkan masalah itu menyebabkan tekanan air terlalu rendah sehingga berlaku gangguan bekalan di keseluruhan kawasan perumahan berkenaan.

“UniMAP memandang serius isu tersebut dan segera mengambil beberapa langkah proaktif. Semua kuliah pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan dilaksanakan secara dalam talian sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan,” katanya.

Menurut kenyataaan tersebut, sebuah lori bekalan air dan tangki statik turut disediakan di setiap blok perumahan, manakala waktu operasi Pusat Kesihatan UniMAP juga dipanjangkan untuk memberi kemudahan perubatan kepada pelajar terlibat.

“UniMAP turut menyediakan pengangkutan khas ke masjid dan rumah ibadah bagi pelajar yang terkesan. Maklumat berkaitan situasi itu disalurkan melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp,” ujarnya

Katanya lagi, pihak universiti memberi jaminan usaha sedang giat dijalankan bagi membaiki paip utama yang bocor agar situasi kembali pulih dengan segera.

Semalam Kosmo! melaporkan ratusan pelajar sebuah universiti di utara tanah air menghadapi masalah air yang serius sehingga terdapat dakwaan ada pelajar yang pengsan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI