fbpx

Tiket aksi terakhir TFC berharga RM5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC akan menamatkan aksi Liga Super menentang KDA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Ahad ini.

PENYOKONG tegar Terengganu FC (TFC) berpeluang menyaksikan aksi terakhir Liga Super musim ini menentang Kedah Darul Aman FC (KDA) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Ahad ini dengan harga tiket RM5 sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Sabri Abas berkata, penurunan harga tiket daripada asal RM20 itu sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan padu diberikan peminat Sang Penyu sejak awal musim.

“Kami amat menghargai sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan mereka sejak awal musim ini.

“Sehubungan itu, marilah kita penuhi stadium pada Ahad ini untuk mencipta momen manis bersama-sama sempena berakhirnya kempen Liga Malaysia musim ini,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Sabri berkata, barisan pemain dan kejurulatihan TFC juga merancang untuk mengadakan aktiviti khas bersama para peminat di stadium sejurus berakhirnya aksi menentang KDA nanti.

Beliau berharap ia dapat menceriakan penyokong tegar biarpun prestasi Sang Penyu sepanjang musim ini tidaklah begitu memberangsangkan.

“Kami mahu berikan sesuatu kembali kepada penyokong yang kekal setia bersama kami dalam keadaan senang mahupun sudah.

“Kami sedar musim ini bukanlah terbaik buat TFC, namun biarlah kita tamatkannya dengan kenangan manis bersama-sama,” katanya.

Keputusan perlawanan terakhir menentang KDA tidak mengubah kedudukan TFCyang terpaksa berpuas hati menamatkan musim ini di tangga kelima Liga Super.

Kemerosotan prestasi pada penghujung liga termasuk kekalahan 0-1 kepada PDRM FC minggu lalu meranapkan misi TFC untuk menduduki posisi tiga teratas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI