fbpx

Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, kediaman dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINAH (kiri) bersama cucunya berada di bahagian dapur rumahnya yang hangus terbakar di Jalan Pusara, Kampung Sungai Chengkeh, Serkat, Pontian, awal pagi hari. Foto MUHAMMAD ZIKRI/ KOSMO!

PONTIAN – Kegembiraan tiga sekeluarga yang masih lagi dalam musim perayaan bertukar duka apabila diuji dengan kediaman mereka hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Pusara, Kampung Sungai Chengkeh, Serkat, di sini awal pagi tadi.

Bukan sahaja kehilangan rumah, mereka juga kerugian RM100,000 termasuk wang tunai, barangan kemas, empat buah motosikal, dua buah peti televisyen dan peti sejuk yang baru dibeli turut musnah.

Menurut mangsa, Aminah Ahmad, 84, berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 pagi ketika dia bersama dua anaknya, Anuar Mohd Nor, 47, dan Mohd Nizam Mohd. Nor, 43, sedang tidur.

“Saya terus menjerit dan meminta anak saya Anuar keluar dari rumah apabila api semakin membesar bagi menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Chengkeh, Serkat di sini, pagi ini.

Tambah Aminah, turut hangus wang simpanan sebanyak RM6,000, barang kemas seperti cincin empat bentuk, dua utas rantai dan satu gelang tangan yang dianggarkan berjumlah RM30,000 serta beberapa dokumen penting lain.

Kata Aminah, rumah anaknya , Zaharuddin Mohd Nor, 54, yang berada di sebelah rumahnya nyaris terbakar namun terselamat selepas dihalang oleh dinding simen dan hanya terkena bahang api dibahagian luar.

Sementara itu Anuar Mohd Nor berkata, dia baru menggantikan zink di bahagian dapur rumah serta membina anjung baru bagi menyambut Aidilfitri melalui pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  kira-kira RM30,000.

Katanya, selain kehilangan rumah, dua buah motosikal yang digunakan untuk ke tempat kerja di Kawasan Perindustrian Tanjung Bin juga turut musnah melibatkan motosikal Yamaha 125Z dan Honda Wave. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI