fbpx

Pertandingan roket cetus kebakaran besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 10 buah kereta dijilat api di Ban Khum Ngern, wilayah Yasothon. - Foto The Nation

BANGKOK – Kebakaran besar tercetus sehingga memusnahkan 10 buah kereta yang diletakkan di kawasan sawah padi dalam satu pertandingan membuat roket di Ban Khum Ngern, wilayah Yasothon, lapor akhbar The Nation semalam.

Siasatan awal mendapati bahawa kebanyakan kenderaan itu adalah milik peminat dan pengunjung yang menghadiri Pertandingan Roket Bang Fai.

Rakaman dramatik dan beberapa gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan api merah menyala menyambar deretan kenderaan. 

Ketika pemilik bergegas untuk melihat keadaan kereta mereka, ia telah pun hangus dijilat api.

Anggota-anggota bomba berhadapan kesukaran untuk memadamkan kebakaran ekoran keadaan padang yang luas dan angin kencang.

Setakat ini, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. 

Bang Fai ialah roket buluh buatan sendiri tradisional tetapi kini kerap dibuat daripada bahan moden.

Pada asalnya, ia diterbangkan sebagai sebahagian daripada ritual bagi memohon hujan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI