fbpx

MRSM Kepala Batas bakal ditukar kepada MRSM Tun Abdullah Badawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MRSM Kepala Batas. -GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), bercadang untuk menamakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Kepala Batas dengan nama MRSM Tun Abdullah Badawi sebagai mengenang jasa Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya sudah meminta pihak pengurusan Mara menyediakan kertas cadangan bagi penukaran nama itu kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggung jawab terhadap Mara.

“Antara justifikasi penting bukan sahaja mengenang jasa Almarhum Tun Abdullah atau Pak Lah selaku bekas Perdana Menteri Malaysia.

“Bahkan zaman beliaulah agenda Ulul-Albab ini mula diperkenalkan bagi membangunkan modal insan yang seimbang dan holistik bukan sahaja dalam ilmu sains dan teknologi tetapi menguasai Al-Quran di bawah dasar Islam Hadhari.

“Sebab itulah Pak Lah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook di sini hari ini.

Terdahulu, Allahyarham Abdullah yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara Isnin lalu selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur pada petang semalam.

Allahyarham sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari tahun 1978 hingga 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI