fbpx

Harga RON97, diesel turun 10 sen esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PETALING JAYA – Harga runcit bagi RON97 dan diesel turun sebanyak 10 sen di Semenanjung Malaysia mulai esok bagi tempoh 17 April hingga 23 April.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, dengan penurunan itu menjadikan harga RON97 RM3.18 sen seliter dan diesel RM2.88 seliter.

Jelas kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

“Sementara itu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya.

Katanya, kerajaan akan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI