fbpx

Empat keluarga insiden Putra Heights, penghuni terawal Pangsapuri Seri Suria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah (kiri) menyerahkan kunci rumah kepada Abu Samah di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan Sepang hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

SEPANG –  Empat keluarga yang juga mangsa letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya menjadi penghuni terawal yang mendiami rumah ditawarkan Kerajaan Negeri Selangor menerusi Skim Smart Sewa di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan di sini.

Pemandu teksi, Muhammad Ridzuwan Salehhudin, 33, berkata, sebelum ini, dia dan isteri, Farihatul Syazween Azrim, 26, menetap di rumah mentuanya di Kampung Tengah, Puchong iaitu berdekatan lokasi insiden.

“Alhamdulillah saya bersyukur dapat bantuan rumah. Rumah di Kampung Tengah mengalami beberapa kerosakan termasuk semua cermin tingkap rosak.

“Saya anggap ini permulaan baharu untuk ada rumah sendiri. Malah, saya juga bercadang untuk terus menyewa di sini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Sementara kepada mangsa Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights di sini hari ini.

Seorang kontraktor, Abu Samah Rahmat, 58, berkata, dia memohon menyewa rumah di situ memandangkan ia lebih dekat dengan tempat kerjanya di Bangi.

“Rumah saya kira-kira 150 meter dari tempat kejadian dan jika mengikut taksiran kerugian dianggarkan RM30,000. Saya akan duduk di sini bersama anak-anak, mungkin dalam tempoh enam bulan itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI