fbpx

Tindakan Ahli Parlimen Raub tidak wakili parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY (kiri) bersama calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir (kanan) ketika melawat bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Simpang Tiga, Bidor di Tapah hari ini.

TAPAH – Tindakan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam operasi membabitkan kebun durian Musang King di Raub oleh Chow Yu Hui disifatkan sebagai perbuatan individu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan Yu Hui yang juga Ahli Parlimen Raub itu sama sekali tidak mencerminkan pendirian parti.

“Itu (menghalang penjawat awam) tidak mencerminkan keseluruhan dan dia mengambil tindakan secara individu.

“Kita telah serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Negara kita ada peraturan dan undang-undang yang wajib dipatuhi,” katanya ketika ditemui pemberita di bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Simpang Tiga, Bidor di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata demikian bagi mengulas desakan Pas untuk UMNO menyatakan pendirian terhadap tindakan wakil rakyat DAP dalam isu pencerobohan tanah haram untuk penanaman durian Musang King di atas tanah kerajaan di Pahang.

Terdahulu, beliau meluangkan masa makan tengah hari bersama jentera dan pengundi PDM yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr. Mohamad Yusri Bakir.

Sementara itu, mengulas mengenai isu kebun durian Musang King di Raub yang kemungkinan dijadikan bahan kempen parti lawan, beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI