fbpx

Lelaki maut dipatuk ular ketika ke surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA patukan ular berbisa terbaring kaku masih memegang sebatang buluh di Kampung Pelak, Pekan hari ini.

PEKAN – Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke surau maut akibat dipatuk ular tedung selar berhampiran rumahnya di Kampung Pelak di sini semalam.

Mangsa, Zainal Azharuddin Zainal Abidin, 52, ditemui dalam keadaan tertiarap di luar rumah berdekatan kereta oleh kakaknya kira-kira 12 jam selepas kejadian.

Adik mangsa, Zainal Amri, 50, berkata, kejadian berlaku pada pukul 7 malam ketika abangnya keluar menaiki kereta untuk menunaikan solat maghrib di Surau Kampung Tanjung Chempaka kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

“Arwah sempat keluar dari kereta dan dipercayai ternampak seekor ular lalu berpatah balik mengambil batang buluh dari dalam kenderaan. Ketika berpaling, arwah dipatuk pada betis dan rebah tidak jauh dari kenderaannya,” katanya.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh singkat akibat patukan ular berbisa itu tanpa disedari orang ramai.

Menurut Zainal Amri, kawasan sekitar merupakan kebun kelapa dan sawit milik penduduk yang dikenal pasti sebagai habitat ular termasuk yang berbisa.

Kejadian hanya disedari awal pagi tadi apabila kakak mangsa, Zainol Aluyah Zainal Abidin, 58, menyedari arwah tiada di dalam biliknya sewaktu mahu mengejutkan lelaki itu untuk solat subuh.

“Kakak terkejut apabila mendapati arwah tiada dalam rumah. Dia kemudian keluar mencari dan ternampak kereta arwah berhampiran surau. Apabila dihampiri, dia terkejut melihat mayat adik terbujur di tepi kereta, kakinya dihurung semut dan terdapat kesan gigitan ular,” katanya.

Allahyarham yang masih bujang tinggal bersama kakaknya dan sering ke masjid atau surau berdekatan terutama pada waktu malam. Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian akibat patukan ular berbisa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI