fbpx

Klang, Kuala Langat, Petaling daerah paling banyak aduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Weng San menunjukkan kenyataan akhbar berhubung borang kaji selidik yang akan dimuat naik dalam portal Dewan Negeri Selangor, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

SHAH ALAM – Masalah isu tebatan banjir dan jalan antara aduan diterima daripada pelabur di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Dewan Negeri Selangor (DNS) Lau Weng San berkata, aduan yang diterima tersebut masalah yang telah berlaku lebih setahun lalu.

“Saya tiada jumlah aduan yang tepat. Namun, antara aduan yang kami terima seperti masalah isu tebatan banjir dan jalan di beberapa kawasan di Klang.

“Aduan yang dibuat pihak pelabur ini mungkin masalah yang sudah lama berlaku, namun tiada tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Dewan Negeri di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, daerah Klang, Kuala Langat dan Petaling merupakan daerah yang menerima paling banyak aduan daripada Selcat mengenai infrastruktur seperti
masalah penyelengaraan sistem perparitan, bekalan elektrik, bekalan air kemudahan awam dan lain-lain lagi.

Kata Weng San, isu birokrasi melibatkan kelulusan lesen dan permit juga turut dibangkitkan oleh pihak pelabur yang dikhuatiri akan menjejaskan urusan perniagaan mereka.

“Sehubungan itu, Selcat telah memuat naik borang kaji selidik di laman portal Dewan Negeri Selangor bagi mengumpul lebih banyak maklumat daripada pelabur, pengilang dan pemegang taruh di negeri ini. Pihak urusetia Selcat akan menghubungi pihak ini sekiranya memerlukan lebih banyak maklumat daripada borang kaji selidik yang diisi mereka” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI