KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah dibawa keluar dari kediamannya menuju ke Masjid Negara sebentar tadi.
Van jenazah yang membawa jenazah Perdana Menteri kelima itu dilihat meninggalkan pekarangan kediaman rasminya di Bait Badawi, Tasik Perdana, di sini kira-kira pukul 8.10 pagi.
Jenazah Allahyarham akan disolatkan dan dimandikan di Masjid Negara sebelum diberikan penghormatan terakhir pada pukul 11 pagi sehingga 1 tengah hari.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Makam Pahlawan.
Terdahulu, Allahyarham Tun Abdullah, 85, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menghadapi masalah pernafasan kira-kira pukul 7.10 malam. – KOSMO! ONLINE