fbpx

Suami isteri dicekup ‘memadu asmara’ di kaki lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan itu dirakam melakukan persetubuhan di bahu jalan di bandar Pattaya. - Asia Pacific Press

BANGKOK – Sepasang suami isteri dari China ditahan selepas melakukan persetubuhan di bahu jalan pada siang hari ketika bercuti di Pattaya, Thailand, lapor portal berita News.au semalam. 

Oh Zhihang, 67, dan isterinya Lin TingTing, 35, dilaporkan memasang tripod kamera sebelum menanggalkan pakaian mereka lalu bersetubuh di sebuah kaki lima, Rabu lalu. 

Polis bertindak selepas menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan yang menyaksikan aksi pasangan itu di laluan pejalan kaki berhampiran pintu masuk Walking Street. 

“Mereka ditangkap di sebuah hotel dan dibawa ke balai polis Pattaya untuk disoal siasat. 

“Zhihang mendakwa bahasa dia tidak tahu bersetubuh di tempat awam menjadi kesalahan di Thailand,” kata polis. 

Semasa disoal siasat, Zhihang turut berkata: “Saya seorang jurugambar yang suka mengembara ke seluruh dunia untuk merakam tanpa seurat benang di pelbagai lokasi. Saya telah melawat banyak negara di mana saya melakukan perkara serupa.”

Kolonel Polis Songwut Chueplakij berkata,  pasangan itu akan didenda kerana berkelakuan tidak senonoh dan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika didapati menerbitkan kandungan lucah mereka.

“Kami masih menunggu keputusan pendakwa raya untuk tindakan undang-undang selanjutnya,” tambah Chueplakij. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI