PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pekerja pejabat memilih tempat letak kenderaan yang jauh dari premis untuk mengekalkan kesihatan.
Menurut KKM, seharian bekerja di pejabat dan duduk dalam kereta yang mempunyai hawa dingin sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan dan menjadikan seseorang tidak sihat.
“Cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman. Lakukan aktiviti fizikal berikut di tempat kerja anda,” kata KKM dalam satu hantaran di Facebook.
KKM berkata, aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh pekerja pejabat untuk kekal aktif adalah dengan berjalan kaki ke tempat makan dan menaiki tangga di pejabat.
Tambah KKM, melakukan kerja menyusun fail dan buku serta melakukan senaman renggang juga dapat membantu mengekalkan kesihatan. – KOSMO! ONLINE