fbpx
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan yang dilayan seperti tetamu datang beraya di sebuah kedai makan

Penat tunggu pelanggan, panggil budak-budak ‘beraya’ di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki menyediakan makanan buat sekumpulan kanak-kanak di kedai makannya mendapat pujian netizen.

Perkara tersebut dikongsikan pengguna Facebook @HarizKasin, menunjukkan dia memasak beberapa makanan snek untuk diberikan kepada beberapa orang kanak-kanak memandangkan kedainya masih tiada pelanggan.

“Sebab tiada pelanggan, jadi aku panggil budak-budak ini beraya di kedai,” katanya.

Video berdurasi 24 saat itu turut menunjukkan reaksi kanak-kanak yang datang terlihat ceria apabila disediakan makanan seperti sosej dan jejari kentang.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kesejahteraan lelaki tersebut dalam perniagaan dan hidupnya.

“Inilah permulaan rezeki akan melimpah-limpah dari segi ekonomi dan kesihatan, budak-budak ini belum akil baligh. Suruh mereka berdoa untuk abang, insya-Allah doa mereka termakbul sebab tiada dosa lagi,” komen @Daruslantak.

“Semoga dilimpahkan rezeki, lampu isyarat sentiasa hijau, nak keluarkan duit tak perlu beratur,” kata @Azarinaabdaziz. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI