fbpx

‘Memang tak ada common sense ke?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Bangun-bangun terus makan macam hotel, tak rasa segan ke?.”

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang wanita berkenaan kisah adik ipar kepada seorang kenalannya.

Menggunakan profil @ichaasoft di media sosial dia turut mempersoalkan mengapa generasi kini kekurangan pertimbangan yang wajar (common sense) dalam sesuatu perkara.

“Kawan saya ada cerita pasal adik ipar dia. Budak-budak sekarang ni kahwin memang tak ada ‘common sense’ ke? Balik rumah mak mentua, apa salahnya bangun awal tolong kat dapur.

“Ni bangun-bangun terus makan macam hotel, tak rasa segan ke? Senang betul hidup, moga satu hari nanti kau dapat menantu sama macam tu juga. Baru tahu macam mana rasa dia,” katanya.

Bagaimanapun perkongsiannya itu meraih pelbagai reaksi netizen termasuk yang tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.

“Pelik betul. Mak saya tak pernah harap menantu kemas rumah atau masak. Kami adik-beradik pun tak pernah suruh ipar kemas rumah atau masuk dapur, kami buat sendiri,” ujar @unnon0001111.

“Rumah mentua bukan hotel. Mak mentua bukan bibik kau. Tak nak tolong masak, sila makan dekat luar atau tidur hotel ja. Nak berkira sangat kan,” komen seorang netizen.

“Risau betul ada kakak ipar toksik ni. Habis canang cerita adik ipar dekat kawan-kawan. Ni punca nak pecah belah hubungan keluarga nanti,” balas netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI