fbpx
Bantuan Sara akan dikreditkan ke MyKad penerima di seluruh negara setiap bulan. – Gambar hiasan

Luahan pembaca: Pandu Vellfire tetapi dapat bantuan Sara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Pertama kali saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memperluaskan Sumbangan Asas Rahman (Sara) sehingga 5.4 juta penerima bermula 1 April lalu. Jumlah ini meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 orang sedia ada.

Penerima Sara juga layak menerima bantuan hingga RM2,100 secara keseluruhan tahun ini, meningkat 75 peratus berbanding RM1,200 tahun lalu.

Mereka boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barangan keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain barangan makanan asas.

Bantuan ini diagihkan kepada golongan miskin tegar dan tersenarai dalam eKasih selain kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan.

Yang menjadi persoalan apabila saya sering melihat individu yang memandu kenderaan mewah seperti Toyota Vellfire dan BMW turut mendapat bantuan Sara.

Mereka tidak perlu buat sebarang bayaran di kaunter, hanya tunjukkan MyKad dan apabila pergi ke parking, BMW sedia menunggu.

Mungkinkah mereka ini benar-benar golongan miskin tegar yang layak menerima Sara? Atau baru sahaja beberapa bulan jatuh miskin.

Mungkin juga hanya isteri bekerja, itupun sebagai kerani dengan gaji tidak sampai RM2,000 sebulan, manakala suami pula menjalankan perniagaan secara senyap-senyap tanpa membayar cukai kepada kerajaan.

Saya harap kerajaan membuat semakan semula secara berkala supaya mereka yang menerima bantuan Sara hanya golongan yang benar-benar layak.

Johari
KualaLumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN