PETALING JAYA – Beberapa ekor gajah liar melintas di hadapan sebuah rumah pada waktu malam di Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor menarik perhatian pengguna media sosial.
Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok Pakdiwan, kelihatan beberapa ekor gajah liar dewasa serta dua ekor anak gajah melintas di halaman rumah lelaki tersebut.
“Gajah liar masuk kampung,” katanya pada kapsyen ringkas di video itu.
Ia mengundang perhatian orang ramai yang turut meninggalkan komen berjenaka memaklumkan, kumpulan gajah itu datang ke situ untuk beraya di rumah penduduk.
“Dah tahu nak datang beraya, datang lah siang-siang. Datang malam tuan rumah memang tak layan. Dah lewat 2.30 pagi, mana mahu nak layan,” komen seorang pengguna TikTok.
“Oi tuan rumah, kami datang nak beraya,” kata seorang individu.
“Untunglah tak payah beli tiket zoo,” ujar seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE
@pakdiwan gajah liar masuk kg #kglukut #pyppppppppppppp ♬ Funny funny weird – MrM