PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di lapan negeri selain di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia cuaca buruk itu dijangka melanda negeri iaitu, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan tiga Wilayah Persekutuan tersebut.
Antara kawasan yang terlibat termasuk negeri Perak (Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
‘Di Pantai Timur pula, hujan lebat dijangka Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh),Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun),” kata MetMalaysia.
“Di Pahang (Raub dan Bentong) serta Johor (Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.
Mengulas lanjut, MetMalaysia memaklumkan di Sabah kawasan yang terlibat adalah pedalaman, (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).
“Sarawak melibatkan lokasi di Kapit (Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang ,” tambahnya – KOSMO! ONLINE.