fbpx

Tetap raya sama, Nora kongsi foto cium tangan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Meski rumah tangga dilanda badai Ramadan lalu termasuk dakwaan memfailkan perceraian, penyanyi Datuk Nora Ariffin tetap menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama suami tercinta, Dr. Rushdi Ramli baru-baru ini.

Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Ariffin, 53, berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran Instagram dengan memuat naik sekeping foto bersalaman dengan suami tercinta.

“Hari pertama raya 2025,” katanya dalam ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Nora bagaimanapun tidak memuat naik foto lain bersama Dr. Rushdi sebaliknya banyak berkongsi video dengan tiga anaknya.

Sebelum ini, Nora mengejutkan ramai apabila memuat naik foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipercayai ingin memfailkan perceraian terhadap suaminya selepas didakwa didesak oleh pihak ketiga.

Sementara Dr. Rushdi pula tampil bersuara memihak Nora dan mengakui menerima tekanan daripada pihak lain agar berpisah dengan pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu.

Terdahulu, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya pada Disember 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI