fbpx

Kelindan maut, lori kontena berlanggar dengan Perodua Aruz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori kontena dan Perodua Aruz yang terbalik selepas berlanggar di Jalan Bintulu-Miri, pagi tadi.

MIRI – Seorang maut dan tiga cedera dalam perlanggaran membabitkan sebuah lori kontena dan Perodua Aruz di Jalan Bintulu-Miri, pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah lelaki berusia 36 tahun, yang merupakan kelindan lori kontena terbabit akibat tersepit di bahagian lori yang terbalik di tengah jalan itu.

Pemandu lori kontena pula cedera, termasuk pemandu dan penumpang Perodua Aruz.

Bagaimanapun, identiti lelaki yang memandu Perodua Aruz berkenaan belum dikenal pasti, manakala penumpang adalah wanita warga Indonesia berusia 53 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Benjie berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 8.23 pagi dan setiba di tempat kejadian mendapati kedua-dua kenderaan terbabit berlanggar di bahagian sisi.

Katanya akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbalik, dengan Perodua Aruz terbabit turut dalam keadaan remuk.

“Dua mangsa dalam Perodua Aruz dan pemandu lori kontena tersebut telah dibawa oleh orang awam ke klinik berhampiran, manakala kelindan lori yang tersepit berjaya dikeluarkan setelah bantuan daripada lori kren towing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rary berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatkan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI