fbpx

Polis Perak kenal pasti 64 lokasi kesesakan, kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisam membuat pelepasan kenderaan agensi penguatkuasa ketika Majlis Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya in Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak di Terminal Meru Raya, Ipoh. FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Polis mengenal pasti sebanyak 43 lokasi ‘hotspot’ kesesakan dan 21 lokasi ‘blackspot’ kemalangan di negeri ini yang akan diberi lebih tumpuan pada Op Selamat ke-24 bermula hari ini sehingga 3 April depan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, antara lokasi panas tersebut ialah di lampu isyarat Plaza Tol Slim River di Muallim, lampu isyarat Bandar Universiti di Perak Tengah, Pekan Gerik, Tol Tapah, simpang tiga lampu isyarat Plaza Tol Simpang Pulai di Ipoh dan Kilometer 15.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur di Kampar.

“Peningkatan lalu lintas dijangka berlaku hari ini sebanyak 20 hingga 30 peratus berbanding hari biasa dengan anggaran mencecah sebanyak tiga juta kenderaan,” katanya pada Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat Kontinjen Perak 2025 di Terminal Amanjaya di Meru, di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan rekod, statistik kemalangan jalan raya di negeri ini ketika musim perayaan Aidilfitri tahun lalu meningkat kepada 969 kes berbanding 901 kes pada tahun 2023.

Katanya, kemalangan maut juga menunjukkan peningkatan iaitu pada tahun lalu sebanyak 16 kes berbanding sembilan kes tahun sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI