LAMBANG kemewahan yang menggabungkan kecemerlangan automotif termaju dan mobiliti elektrik meletakkan standard baharu dalam era Mercedes-Maybach. Selaras ke arah elektrifikasi, Mercedes-Maybach memancarkan ‘kemewahan canggih’ dalam setiap perincian dengan rekaan ekspresif, kehalusan dan keanggunan. Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik mewah Mercedes-Maybach EQS 680 untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM1,088,888. Mercedes-Maybach EQS 680 ini adalah kenderaan elektrik pertama sepenuhnya yang didedikasikan untuk model Maybach. Kemewahan kenderaan ini boleh dilihat dari segi rekaan luarannya yang menonjolkan……