fbpx

7,818 kg mercun, bunga api dirampas di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaizad (dua,kiri) meneliti mercun yang dirampas pada sidang akhbar di Bagan Ajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 7,818 kilogram (kg) dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menerusi dua serbuan berasingan di negeri ini, 24 Januari lalu.

Rampasan mercun tersebut membabitkan nilai keseluruhannya berjumlah RM349,281 termasuk cukai.

Pengarah Kastam negeri, Rohaizad Ali berkata, serbuan pertama di sebuah premis di Seberang Jaya menemukan 718 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama yang tidak mematuhi spesifikasi serta garis panduan ditetapkan dalam permit import (AP) Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Seorang wanita tempatan berusia 50-an yang dipercayai pemilik premis turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Satu lagi serbuan dilakukan pada hari sama di sebuah stor di Simpang Ampat. kita berjaya merampas 468 karton pelbagai bunga api dan mercun membabitkan nilai keseluruhan termasuk cukai berjumlah RM152,816.30.

“Seorang lelaki tempatan yang juga berusia 50-an ditahan di lokasi berkenaan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Stor Penguatkuasan Kastam di Bagan Jermal di sini, hari ini.

Tambahnya, siasatan berhubung kedua-dua kes terbabit masih diteruskan mengikut Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI