fbpx

‘Isteri balik kerja terus masak tapi suami relaks main game’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – “Kalau daripada kecil tak dibiasakan, besar nanti boleh timbul masalah. Contohnya, isteri balik kerja tak sempat buka tudung terus ke dapur masak, sedangkan suami boleh duduk relaks main game. Tak ada ‘common sense’ (akal fikiran), kan?

Itu perkongsian seorang individu tentang kepentingan ‘common sense’ dalam pembentukan perilaku manusia.

Katanya, ‘common sense’ adalah sesuatu yang perlu diajar sejak kecil dan bermula dari rumah.

“Ia penting bukan saja untuk kehidupan seharian, tapi juga untuk membentuk seseorang jadi insan bertanggungjawab apabila dewasa nanti.

“Nak guna ‘gentle parenting’ ke, ‘Asian parenting’ ke, itu pilihan masing-masing. Tapi aku percaya, didikan mak ayah zaman dulu masih relevan dan boleh diterapkan pada anak-anak zaman sekarang,” katanya di media sosial.

Tambahnya, membentuk ‘common sense’ perlu dicakap, diulang dan diajar sehingga anak-anak faham sendiri tanpa disuruh.

“Kalau tak ada ‘common sense’, lain jadinya. Nampak sampah atas lantai, langkah ja. Pinggan penuh dalam sinki, buat tak tahu sebab ‘bukan aku yang guna pun’. Ini contoh perangai yang tak bertanggungjawab.

“Memang penat nak ingatkan selalu, tapi itulah tugas kita sebagai ibu bapa. Biar penat sekarang, asalkan anak-anak besar nanti tak menyusahkan orang lain terutamanya anak lelaki, supaya dia tak jadi beban kepada pasangan dia kelak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI