fbpx

Aktres popular ditahan seludup emas lebih RM6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ranya Rao ditahan selepas menyeludup 14.8 kilogram emas bernilai 1.2 bilion rupee (RM6.3 juta) di India pada Ahad lalu. - AGENSI

NEW DELHI – Seorang aktres India ditahan kerana menyeludup 14.8 kilogram emas bernilai 125 juta rupee (RM6.3 juta) dalam pakaian diubah suai semasa menaiki penerbangan pulang dari Dubai ke India, lapor portal berita Business Standard semalam. 

Ranya Rao diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, negeri  Bengaluru pada Ahad lalu. 

Penangkapan Rao mengejutkan orang ramai berikutan dia bukan saja seorang selebriti, malah anak tiri kepada pegawai kanan polis. 

Penyeludupan itu terbongkar selepas pihak berkuasa curiga kerana  Rao terlalu kerap  melakukan perjalanan ke Dubai iaitu  sebanyak 30 kali pada 2024.

Dia turut pergi ke Dubai sebanyak 4 kali dalam tempoh 15 hari dalam tahun ini.

“Setiap perjalanan ke Dubai, suspek dipercayai menyeludup beberapa kilogram emas ke India dan memperoleh bayaran antara 1.2 juta rupee (RM60,970) hingga 1.3 juta rupee (RM66,061).

“Selain jaket, Rao turut menggunakan tali pinggang direka khas untuk membolehkannya menyeludup emas tanpa dikesan.

“Kami mengesyaki Rao dibantu oleh polis tempatan,” kata polis.

Rao kini ditahan di Penjara Pusat Parappana Agrahara. 

“Siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti sama ada Rao bertindak sendirian atau merupakan sebahagian daripada sindiket penyeludupan emas yang lebih besar,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI