fbpx
Ojen (kanan) menafikan dakwaan dia kini tidak lagi bersahabat denga Cik Epal.

‘Tak benar sama sekali’ – Ojen nafi bergaduh dengan Cik Epal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Didakwa hubungan baik dengan pempengaruh Cik Epal mula keruh, penyanyi Ojen menafikan tuduhan tersebut selain menegaskan persahabatan mereka kekal utuh.

Ojen atau nama lengkapnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, 28, berkata, kebelakangan ini jadualnya padat disebabkan bakal melancarkan lagu raya baharu sekembalinya menunaikan umrah.

“Ini kali pertama saya dengar mengenai perkara ini. Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali, hubungan saya dan kawan-kawan termasuk Cik Epal sangat baik dan tiada masalah.

“Cuma belakangan ini saya sangat sibuk dengan penggambaran video muzik lagu raya. Ini pun baru sembuh daripada demam.

“Sebelum ini pun saya sibuk buat persiapan menunaikan umrah,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Kongsi Ojen, spekulasi tersebut mungkin timbul apabila dia tidak lagi memuat naik kandungan bersama wanita anak dua itu seperti sedia kala.

“Mungkin dakwaan itu muncul kerana kami jarang muat naik video bersama, sedangkan kami ada sahaja keluar cuma tidak dikongsikan kepada umum. Bagi saya ini perkara kecil.

“Kalau mahu kata bergaduh, tidak logik. Saya siap berkolaborasi dengan Cik Epal untuk keluarkan perniagaan Kunafa Madu Tiga,” jelasnya.

Sebelum ini, timbul desas-desus hubungan persahabatan Ojen dan Cik Epal tidak berada dalam keadaan baik dalam aplikasi Threads.

Ojen dan Cik Epal sebelum ini dilihat sangat akrab selepas wanita berkenaan bercerai dengan bekas suami iaitu Jofliam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN