KUALA LUMPUR – Kisah cinta Muntazar Ghufran dan Saidah Kamarudin terhenti di tengah jalan apabila pelakon itu mengesahkan mereka telah putus tunang Oktober tahun lalu.
Muntazar, 22, berkata, dia membuat pengesahan itu bagi menjawab persoalan orang ramai mengenai status hubungannya dengan Saidah, 29.
“Pertunangan kami hanya bertahan selama lima bulan sahaja. Saya menghormati segala pertanyaan mengenai hubungannya bersama Saidah.
“Alhamdulillah, kita putus dalam keadaan yang baik jadi saya minta doakan saya dan Nur Saidah semoga kami menuju kehidupan masing-masing serta terus kuat,” kata Muntazar.
Bekas tunang pelakon tersebut yang juga namanya sedang meningkat naik turut berkongsi penjelasan mengenai berakhirnya hubungan mereka di akaun media sosialnya.
Menurut Saidah, dia hanya mendoakan yang terbaik buat bekas tunangnya itu.
Kedua-duanya mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu dan mempunyai rancangan untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini, namun ketentuan tuhan lebih besar, hubungan mereka terputus di tengah jalan. – KOSMO! ONLINE