fbpx
SEIRING usia, Ning kini tidak mahu terlalu bereksperimentasi dalam fesyen dan lebih mahu sesuatu yang sopan.

Ning kini pilih fesyen elegan tapi sopan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAMA lebih tiga dekad dalam industri seni, fesyen sudah menjadi sebahagian daripada identitinya sepanjang menjalani karier dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Sering bereksperimen dengan trend dan gaya, pelantun lagu Selagi Ada Cinta, Ning Baizura adalah antara ikon fesyen yang sering dikenang setiap kali membuat penampilan di khalayak ramai.

Menurutnya, sebagai anak seni dia sentiasa bersedia untuk menampilkan imej terbaik meskipun pada hari biasa.

“Saya belajar dengan penyanyi veteran, Anita Sarawak bahawa sebagai artis kita mesti sentiasa camera ready, dan itu ilmu yang saya pegang sehingga hari ini.

“Jika tentang fesyen, saya bermula dengan imej yang ringkas dan hanya menerima apa jua fesyen yang diberikan, sebelum mula mencuba pelbagai trend dan gaya serta bekerjasama dengan ramai pereka fesyen apabila sudah lama dalam bidang seni,” katanya ketika ditemui CitaRasa selepas tamat konsert Gegar Vaganza (GV) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam, Selangor.

Tambahnya, melalui eksperimen fesyen yang dilakukan, dia banyak belajar untuk menetapkan gaya serta imej yang mahu ditampilkan selain bekerjasama dengan pereka-pereka fesyen, penata gaya dan individu terlibat dalam kerjaya seninya.

Setiap gaya yang ditampilkan bukanlah hanya datang dari kehendaknya tetapi juga melibatkan pelbagai pihak, selain pengaruh daripada trend masa kini, konsep album dan kehendak persembahan terutama ketika di atas pentas.

NING sentiasa tampil dengan rekaan elegan dan mempesona sepanjang pembabitannya di pentas GV hasil rekaan pereka, Kashfi.

Pada masa ini, Ning mengakui bahawa dia pada satu tahap lebih menggemari fesyen yang menggambarkan diri sendiri, versatil, sopan, elegan dan klasik yang disadur dengan nafas baharu serta moden.

Imej ini turut diterjemah dalam setiap fesyen yang digayakan olehnya sepanjang menjalani tugasan persembahan di pentas GV.

Sesuai dengan usia kini, dia tidak lagi mahu terlampau bereksperimentasi atau berpakaian terlalu seksi.

Berkolaborasi dengan pereka fesyen berpengalaman, Kashfi Zulkifli, Ning menjadi antara peserta yang sering tampil dengan busana memukau dalam setiap persembahan.

Ning menyifatkan kesemua pakaian rekaan Kashfi untuknya mengagumkan dan dia menyukai kesemuanya.

“Saya suka semuanya kerana dia sentiasa mengagumkan saya,” katanya.

Mengenai warna pula, Ning secara peribadi menggemari warna-warna yang sesuai dengan tona kulitnya dan warna yang lembut.

MELALUI eksperimen fesyen yang dilakukan, Ning banyak belajar untuk menetapkan gaya serta imej yang mahu ditampilkan.

Sementara itu, kongsi Kashfi, dia sudah lama mengidamkan untuk bekerjasama dengan Ning dan pentas GV menjadi titik pertemuan antara mereka berdua.

“Ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan ikon soprano Malaysia yang selama ini saya kagumi dan amati repertoirenya dalam bidang seni.

“Mulanya ia memang satu debaran buat saya dan apabila sudah bekerjasama, Kak Ning seorang artis yang sangat membantu serta tidak menghalang visi dan karya saya dalam setiap rekaan busana,” ujarnya.

Ceritanya lagi, menghasilkan persalinan pentas buat Ning Baizura merupakan satu cabaran kerana tempoh masa dari tugasan diterima hingga hari persembahan hanya selama tujuh hari.

Proses penghasilan setiap busana akan bermula sejurus tugasan diterima, di mana Kashfi akan mula melakar rekaan sebelum menghantarnya kepada pasukan Ning untuk persetujuan.

Kebiasaannya, persetujuan akan diterima pada Isnin dan kerja pernghasilan pakaian akan dilakukan pada Selasa.

“Rabu dan Khamis kita akan ada proses suai pakaian (fitting) serta perbincangan dengan Ning untuk sebarang penambah baik sebelum hasil akhir yang akan dipentaskan.

“Setiap rekaan pakaian akan diinspirasikan daripada subjek iaitu Ning dan lagu yang dipersembahkan di samping mengambil kira skema warna pada set pentas serta pencahayaan,” kongsinya.

Katanya lagi, setiap kali dia mereka pakaian untuk Ning, dia merasa puas kerana Naib Juara GV itu berupaya menghidupkan karya fesyennya dalam setiap persembahan pentas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN