fbpx

Khalifah Media Networks pusat sehenti bagi PMKS pasar produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan kanan dan kakitangan Khalifah Media Networks menawarkan perkhidmatan menyeluruh membantu PMKS mempomosikan produk dan perkhidmatan mereka.

PETALING JAYA – Syarikat pemasaran digital, Khalifah Media Networks sedia membantu usahawan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam memasarkan produk mereka secara dalam talian.

Mempunyai kepakaran lebih sepuluh tahun dalam bidang terbabit, Pengarah Urusan Khalifah Media Networks (M) Sdn Bhd, Mohd. Huzaifah Muntalip berkata, antara servis yang ditawarkan pihaknya termasuklah pembangunan web, penghasilan video viral dan FB Tiktok Ads.

Malah, syarikat yang berpusat di Alor Setar, Kedah dan mempunyai pejabat cawangan di sini turut menawarkan khidmat latihan, penghasilan video, animasi 2D, 3D selain kandungan digital virtual reality (VR), cinematic CGI dan kerja-kerja lapangan untuk pengurusan majlis serta audio visual.

“Kami menyediakan pelbagai jenis latihan sesuai dengan kemahiran yang ada dalam industri ini seperti social media tips and tricks serta videografi telefon pintar malah latihan yang disediakan ini juga diperakui oleh badan-badan profesional seperti Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

“Kami juga telah mendapat pengiktirafan oleh badan-badan profesional seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Majls Amanah Rakyat (Mara), Kementerian Kewangan dan juga Kelayakan OTHM United Kingdom.

“Terkini, Khalifah Media Networks telah mendapat status syarikat Malaysia Digital (MD) oleh MDEC,”katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Huzaifah berkata, syarikat itu juga boleh dikategorikan sebagai pusat sehenti bagi memudahkan urusan pendigitalan perniagaan mahupun kerja-kerja di lapangan.

“Kami mempunyai pasukan yang lengkap dengan pelbagai kepakaran masing-masing yang memenuhi keperluan setiap usahawan atau pelanggan kami.

“Pada masa yang sama, kami sentiasa mengemaskini kepakaran sedia ada dengan kehendak industri teknologi yang dinamik serta cepat berubah.

“Pengalaman kami sebagai sebuah syarikat yang lebih 10 tahun ini membuktikan khidmat yang disediakan diterima baik oleh para pelanggan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI