fbpx

Selamba buka medan selera, 58 warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan.

PUCHONG – Seramai 58 warga asing yang mengusahakan medan selera ditahan anggota Jabatan Imigresen (JIM) dalam serbuan di Pusat Bandar Puchong, di sini, semalam.

Operasi bersepadu itu dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Bahagian ATIPSOM dan AMLA Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan dibuat hasil aduan awam dan risikan selama seminggu.

Medan selera itu beroperasi atas tanah persendirian yang berkeluasan 1.6 hektar.

“Premis itu dipercayai diusahakan warga Myanmar dan Bangladesh yang berselindung di sebalik Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang tamat tempoh serta pemegang kad pelarian UNHCR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, dalam serbuan tersebut, seramai 102 individu diperiksa terdiri daripada warga asing dan tempatan.

“Seramai 58 warga asing ditahan terdiri daripada 31 lelaki dan 10 wanita Myanmar, dua lelaki dan seorang wanita Indonesia, sembilan lelaki Bangladesh, empat lelaki India dan seorang lelaki Vietnam.

“Kesemua tangkapan berusia 18 hingga 40 tahun ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI