fbpx

[VIDEO] Kasihan Awau hilang rumah, bot karam ketika bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan bot yang digunakan Awau untuk membantu mangsa banjir, karam baru-baru ini.

BINTULU – Warga emas, Awau Enchol buntu apabila rumah dan bot yang digunakan untuk mencari rezeki serta menghantar cucu ke sekolah hilang dihanyutkan arus banjir.

Ini selepas bot milik lelaki berusia 71 tahun itu karam ketika membantu memindahkan mangsa bah di Kemunting di sini, beberapa hari lepas.  Rakaman video detik cemas itu yang dirakam oleh individu lain turut tular di media sosial.

“Cucu-cucu ke sekolah saya yang hantar setiap pagi. Sekarang bot dan enjin bot sudah tiada, saya tidak tahu macam mana mahu hantar mereka selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah di sini.

Menurut anaknya, Catherine, 40, bot berkenaan merupakan satu-satunya pengangkutan yang digunakan bapanya untuk mencari rezeki.

“Kalau tidak ada bot, dia tidak dapat mencari makan (rezeki) sebab dia bergantung sepenuhnya dengan bot tersebut,” katanya.

Sementara itu, Catherine menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk yang pernah mereka hadapi apabila paras air mencecah bumbung rumah sehingga mengakibatkan rumah dan barangan musnah dalam sekelip mata.

“Kami tidak menyangka bah kali ini berlaku sehingga menyebabkan rumah hanyut dan barangan musnah. Selepas dibenarkan keluar daripada PPS nanti, kami tidak pasti di


mana hendak tinggal, semuanya musnah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI