fbpx

Rakyat Malaysia di Iran dipindahkan pada Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang akhbar mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi di Putrajaya, hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia termasuk perwakilan, pelajar dan pelancong yang berada di Iran akan dipindahkan selewat-lewatnya pada Jumaat ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sudah mengenal pasti jumlah rakyat Malaysia di negara itu, namun bilangannya tidak terlalu besar.

“Mereka digerakkan keluar dari Iran dan segala persiapan visa dimuktamadkan. Insya-Allah mereka akan melakukan perjalanan keluar dalam tempoh sehari dua ini, dijangka pada 20 Jun ini,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap di Iran supaya meninggalkan negara itu serta-merta menerusi kaedah selamat.

Keadaan negara tersebut semakin meruncing dengan situasi semasa dilihat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal.

Pada Jumaat lalu, Israel dilaporkan berkata, serangan ke atas Iran dilancarkan susulan kebimbangan terhadap tindakan Tehran membangunkan keupayaan senjata nuklear sejak kebelakangan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI