fbpx

Pekerja kurier curi barang, hantar bungkusan kosong pada pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh pekerja syarikat kurier ditahan, mencuri barang dan menghantar bungkusan kosong kepada pelanggan. FOTO PDRM

AMPANG – Polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita yang disyaki mencuri bungkusan dalam kejadian di Taman Cheras Indah, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek berusia antara 21 hingga 51 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Ampang Jaya di sekitar Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan pada 13 Januari hingga 17 Januari lalu.

Penahanan itu susulan laporan dibuat seorang pengurus keselamatan syarikat kurier kira-kira 9 pagi pada 13 Januari lalu, selepas menerima aduan terdapat pelanggan yang menerima bungkusan kosong setelah penghantaran dibuat oleh syarikatnya.

“Pengadu bertindak membuat siasatan dalaman dan mendapati beberapa pekerja yang membawa keluar bungkusan dari gudang tanpa membuat urusan daftar keluar barang.

“Pengadu mengesyaki pekerja syarikat telah mencuri bungkusan asal milik pelanggan dengan anggaran kerugian kira-kira RM 21,818,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azam, pihaknya turut merampas barang yang disyaki terlibat dalam kes ini menerusi beberapa siri serbuan.

“Tangkapan pertama dan kedua masing-masing seorang wanita dan lelaki dibawa ke Mahkamah Ampang untuk dituduh dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana didapati telah mencuri barang dari syarikat tempat bekerja.

“Lima lagi suspek kini direman selama empat hari bermula semalam hingga Selasa depan,” ujarnya.

Jelasnya, kes disiasat bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan iaitu curi oleh orang gaji dan Seksyen 380 kanun keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI