fbpx
Walaupun tanah basah selepas hujan, pembakaran terbuka masih boleh mencetuskan kebakaran. - Gambar hiasan

Bakar sampah musim hujan tetap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Selepas hujan, ramai individu menganggap cuaca lembap sesuai untuk melakukan pembakaran terbuka.

Namun, tindakan ini dilihat membawa risiko besar kepada kesihatan dan alam sekitar.

Walaupun hujan membersihkan udara, pembakaran terbuka akan menghasilkan asap tebal yang mengandungi zarah berbahaya seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, dan zarah halus.

Zarah ini boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti asma dan bronkitis.

Jangkitan saluran pernafasan terutama kepada golongan rentan seperti kanak-kanak dan warga emas.

Selain daripada masalah kesihatan, ia jua memberi kesan terhadap pencemaran tanah dan air.

Pada tahun lalu, bagi tempoh Januari hingga Mac, sebanyak 1,594 kes pembakaran terbuka direkodkan di Malaysia.

Selangor tertinggi dengan 323 kes, diikuti Melaka (192), Johor (189), Pulau Pinang (159), Kuala Lumpur (143), Perak (112), Kedah (105), Negeri Sembilan (70), Sabah (64), Pahang (59), Kelantan (55), Sarawak (51), Terengganu (40), Perlis (28) dan Labuan (empat).

Pada tahun ini, adakah kita ingin melihat jumlah pembakaran terbuka ini terus kekal pada kedudukan tinggi seperti itu?

Jadi penting bagi kita untuk terus menanam sifat sayangi alam sekitar dengan tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada pencemaran udara di negara ini.

Pakar Alam Sekitar, Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, pembakaran terbuka boleh menyebabkan bahan kimia beracun masuk ke dalam tanah dan sumber air, mencemarkan ekosistem tempatan.

“Abu dan bahan-bahan lain yang terbentuk boleh mencemarkan aliran air hujan, membawa toksin ke sungai dan tasik.

“Walaupun tanah basah selepas hujan, pembakaran terbuka masih boleh mencetuskan kebakaran, terutama jika angin membawa bara api ke kawasan kering,” katanya kepada Kosmo!.

Jelasnya, kesan daripada itu mampu membahayakan harta benda dan nyawa penduduk.

Bagi penulis untuk mengurangkan keperluan membakar sampah kita harus mengamalkan beberapa langkah bijak antaranya pengkomposan iaitu tukarkan sisa organik menjadi baja semula jadi.

Selain itu, amalkan amalan kitar semula dengan memisahkan bahan yang boleh dikitar semula seperti plastik, kaca dan logam.

Orang ramai juga boleh melaksanakan pembuangan terkawal iaitu gunakan perkhidmatan pembuangan sampah yang disediakan pihak berkuasa tempatan.

Penulis menyeru agar masyarakat mengutamakan amalan yang mesra alam demi kesihatan dan kelestarian alam sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN