fbpx

Bayi dalam kandungan maut, kereta dipandu ibu kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Bezza yang dipandu wanita terbabit selepas berlanggar dengan pacuan empat roda mengakibatkan bayi dalam kandungannya meninggal dunia.

BAU – Seorang wanita kehilangan bayi dalam kandungannya selepas kereta dipandunya berlanggar dengan pacuan empat roda di simpang Opar-Rumih, Jalan Bau-Lundu semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Dr. Daram Ruer berkata, kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku apabila pemandu pacuan empat roda terbabit hendak keluar simpang menuju ke arah Bau telah berlanggar dengan Perodua Bezza dipandu wanita itu.

“Akibat kemalangan, pemandu Perodua Bezza yang mengandung mengalami kecederaan dalaman, bayi dalam kandungan berusia 35 minggu, dua hari meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI