fbpx

Wanita Indonesia ditemui maut dalam hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hotel bajet lokasi mayat wanita ditemui, di Bandar Kinrara, Serdang, malam tadi.

SERDANG – Seorang wanita warga Indonesia ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel bajet di Bandar Kinrara, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, penemuan mayat wanita berkenaan dimaklumkan oleh pihak hotel kira-kira pukul 9 malam.

“Siasatan awal mendapati mayat mangsa ditemukan oleh pekerja hotel sebelum mereka melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

“Buat masa ini, siasatan dijalankan di lokasi kejadian termasuk melibatkan anggota forensik bagi mengumpul bahan bukti yang ada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat berhubung kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI