fbpx

Diesel, RON 97 naik harga 3 sen seliter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung meningkat sebanyak 3 sen iaitu masing-masing RM3.28 serta RM2.98 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Januari 2025 berbanding RM3.25 dan RM2.95 sebelum ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan berkata, harga bagi RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter bagi tempoh yang sama.

“Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,” kata kenyataan itu.

Menurut MOF, harga runcit diesel di Semenanjung masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun lalu iaitu RM3.35 seliter.

Kata kementerian itu, harga tersebut ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula mekanisme harga automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI