fbpx

JPS mulakan kerja menahan runtuhan tebing Sungai Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidzah (tengah) semasa melawat tebing Sungai Kelantan di belakang kondominium Pelangi Mall, Kota Bharu hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan sudah memulakan kerja-kerja segera bagi menahan runtuhan tebing Sungai Kelantan di belakang kondominium Pelangi Mall, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim berkata, langkah itu bertujuan menggelakan hakisan menjadi lebih teruk sekali gus memberikan kesan tidak baik kepada kawasan sekitar.

“Alhamdulillah, Pengarah JPS Kelantan, Dr. Siti Fairus Zakaria telah memaklumkan kepada saya berkaitan perkembangan terkini di lokasi runtuhan tebing tersebut.

“Kerja-kerja itu akan dilakukan mengikut tatakelola Pelaksanaan Kerja Darurat. Saya berpuas hati dengan perbincangan ringkas bersama Dr. Fairus tadi dan yakin pihak JPS akan melaksanakan semua tindakan diperlukan bermula hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat ke lokasi runtuhan tebing Sungai Kelantan, di sini hari ini.

Terdahulu, Hafidzah menerima petisyen daripada penghuni Pelangi Mall yang menggesa tindakan segera daripada kerajaan berkaitan runtuhan tebing Sungai Kelantan yang disampaikan oleh Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pelangi Mall, Foo Chek Yee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI