PETALING JAYA – Golongan pengasuh digalakkan untuk menjalani latihan serta kursus bagi meningkatkan kemahiran penjagaan bayi dan kanak-kanak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Pengerusi Persatuan Pengasuh dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia, Norsheila Abdullah berkata, kursus sedemikian penting diambil oleh pengasuh tidak kira di taman asuhan kanak-kanak (taska) atau mereka yang menjaga kanak-kanak di rumah. Beliau berkata, kursus atau latihan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) misalnya boleh membantu pengasuh mendapatkan kemahiran sewajarnya yang diperlukan dalam menjaga bayi……