fbpx

Sindiket dadah kini lebih selamba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIZAM Setapa@Mustapa (tengah) menunjukkan bungkusan berisi leraian tumbuhan berwarna hijau disyaki dadah pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM, Kampung Jijan, Nilai hari ini. - Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP / KOSMO!

SEREMBAN – Sindiket pengedaran dadah kini dilihat lebih berani dan ‘selamba’ dengan membungkus barang terlarang itu di dalam kotak begitu saja tanpa disorokkan kononnya bagi mengelak keraguan daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa@Mustapa berkata, taktik itu berjaya dihidu dalam tiga operasi berasingan di gudang syarikat logistik di Kompleks Kargo Udara KLIA Sepang, Selangor baru-baru ini.

“Dalam ketiga-tiga kes tersebut, pihak JKDM berjaya mematahkan aktiviti pengedaran dadah berjumlah 233.144 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM546,708.

“Taktik mereka mudah sahaja iaitu hanya masukkan bungkusan plastik dadah ke dalam kotak, ‘selamba’ tanpa takut dan segan silu dadah itu diimport masuk ke negara ini, tiada ruang rahsia digunakan seperti sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM, Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

Jelas beliau, kes pertama pada 25 November lalu apabila hasil pemeriksaan ke atas lapan kotak tersebut menjumpai sejumlah bungkusan berisi leraian tumbuhan berwarna hijau disyaki dadah berbahaya jenis daun khat yang mengandungi cathinone dengan berat kasar 217.95 kilogram dianggarkan bernilai RM205,000.

“Modus operandi sindiket adalah transit menggunakan perkhidmatan kargo udara dengan dagangan diikrar sebagai herbarabic spices (rempah herba),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI