fbpx

Lelaki hilang selepas terjatuh tembok penahan ombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pencarian seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari tembok pemecah ombak di perairan Langkawi, malam tadi.

LANGKAWI – Seorang lelaki tempatan hilang selepas didapati terjatuh daripada tembok pemecah ombak di perairan ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa datang ke tembok penahan ombak di Chenang bagi melakukan aktiviti memancing.

“Mangsa jatuh dengan motosikal yang ditolak semasa hendak balik pada tengah malam tadi.

“Usaha pencarian diteruskan sehingga pukul 3 pagi tadi dan disambung semula pagi tadi,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI