fbpx

‘Saya tersinggung tapi tak apa-apa, dah terbiasa’ – Penjual ais teh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pak Sun.

PETALING JAYA – “Saya tersinggung kerana saya baru masuk ke ruangan itu dan tiba-tiba dimarahi dengan suara itu, tetapi saya okey. Saya sudah biasa,” kata Pak Sun, penjual ais teh yang menjadi perhatian selepas dijadikan bahan jenaka oleh pendakwah terkenal, Gus Miftah baru-baru ini.

Dalam insiden yang dirakam secara spontan dan tular di media sosial, Pak Sun menerima hinaan mengenai perniagaannya, namun lelaki itu kini memilih untuk melihat kejadian tersebut dari sisi positif.

“Dia datang ke sini untuk berjumpa dengan saya dan kami meminta maaf antara satu sama lain. Saya ingin memaafkan, dan sekarang tidak ada masalah apa-apa,” kata Pak Sun ketika ditemu bual.

Pak Sun mengakui dia pada awalnya merasa tersinggung dengan cara Gus Miftah menyampaikan kritikan.

“Saya baru masuk ke ruangan itu dan tiba-tiba dimarahi dengan suara itu,” ujarnya dengan nada tenang.

Katanya, dia tidak pernah menyangka kejadian itu akan menjadi tular, namun menganggapnya sebagai hikmah apabila menerima rezeki yang tidak disangka-sangka daripada pelbagai pihak.

Sejak insiden itu, gerainya semakin menjadi perhatian ramai. Ramai pelanggan hadir untuk menyokong dan membeli ais teh, yang menurut mereka terbukti sedap.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang berbuat baik kepada saya,” katanya sambil tersenyum.

Di media sosial, Gus Miftah juga menerima pelbagai reaksi atas tindakannya, namun permohonan maaf terbuka daripadanya serta pertemuan peribadi antara mereka menunjukkan kedua-dua mereka memilih jalan damai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI