fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan dua lelaki warga asing berhenti berjalan di lampu isyarat.

‘Merah isyarat berhenti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Gelagat dua lelaki asing yang berhenti di lampu isyarat merah menarik perhatian orang ramai sehingga tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di TikTok oleh akaun Katering Warisan Emas, dua lelaki tersebut berhenti di tepi jalan apabila lampu isyarat merah sebelum meneruskan perjalanan setelah lampu bertukar hijau.

Rata-rata netizen terhibur selain memuji tindakan warga asing tersebut.

Walaupun hanya berjalan kaki, namun mereka menunjukkan tahap kepatuhan tinggi terhadap peraturan lalu lintas.

“Betul, memang cara dia betul. Kalau dia teruskan berjalan dan ada kereta dari arah hijau terbabas, boleh jadi dia dilanggar,” kata TheWhiteToolip.

“Bagusnya tahu undang-undang jalan raya. Merah tanda berhenti,” kata Queencat.

“Sekurang-kuranya dia patuh undang-undang berhenti ketika merah, sesetengah orang bila nampak lampu merah tekan minyak. Kadang-kadang bila lihat dashcam (kamera papan pemuka), ramai terakam kenderaan yang langar lampu merah,” tambah Puteri Hafiezan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN