fbpx

MAIJ bantu bawa pulang Md Hussin terkandas di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FARED menyaksikan penyerahan replika cek sumbangan MAIJ kepada keluarga pesakit di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan membantu keluarga kepada Md Hussin Parawangai, 68, yang terlantar di Madinah sejak Julai lalu untuk dibawa pulang ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor (MAIJ), Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihaknya juga akan menampung kos pegawai perubatan dan peralatan serta tiket penerbangan untuk membawa pulang pesakit tersebut.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, MAIJ menyerahkan sumbangan sejumlah RM65,954 kepada isteri pesakit, Jannariah Kimun.

“Syukur sangat bila kita dapat membantu mereka yang terputus bekalan dalam perjalanan.. Mereka ini yang kita sebut sebagai Asnaf Ibnu Sabil.

“Pak Cik Hussin juga terkandas di Kota Madinah kerana jatuh sakit masa menunaikan umrah sejak Julai tahun ni akibat kekangan kewangan. MAIJ akan bantu bawa pakcik ini balik ke Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika cek sumbangan kepada Jannariah di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, di sini hari ini.

Md Hussin sepatutnya pulang ke negara ini pada 27 Julai lalu selepas mengerjakan umrah di tanah suci bersama tiga adik-beradik perempuannya.

Namun, empat hari sebelum jadual penerbangan pulang ke Malaysia, peneroka Felda Maokil 1, Labis, Muar itu rebah akibat serangan jantung di lobi sebuah hotel di Madinah.

Dalam pada itu, Jannariah memberitahu, penerbangan suaminya dijadualkan pada pukul 4 petang (waktu Malaysia) esok.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI