fbpx
ANTARA kemalangan yang membabitkan kenderaan berat seperti lori yang berlaku di negara ini.

Pemandu lori pandu laju bahayakan pengguna lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Isu berkenaan pemandu kenderaan berat terutama lori yang dipandu laju dan berbahaya nampaknya masih berleluasa di Sepang, Selangor terutama di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi, Kota Warisan menghala ke Dengkil.

Pemandu-pemandu lori terbabit sering dilihat memandu laju selain melakukan pelbagai kesalahan lain yang boleh membahayakan pengguna jalan raya mungkin disebabkan mahu mengejar trip untuk mendapatkan upah yang lebih.

Sebagai pemandu kenderaan kecil terutamanya kereta sememangnya terpaksa mengalah apabila bertembung dengan lori-lori ini yang kebanyakannya membawa muatan tanah, seolah-olah jalan raya milik mereka.

Ramai mahu pihak berkuasa untuk meningkatkan pe­nguatkuasaan terhadap keha­diran kenderaan berat, lori dan kenderaan perdagangan yang bertambah di kawasan itu.

Jadikanlah kemala­ngan membabitkan sebuah lori yang merempuh lima buah kenderaan lain sehingga menyebabkan seorang wanita maut di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini sebagai iktibar agar ia tidak berulang.

Siasatan juga mendapati, pemandu lori itu positif dadah.

Bukanlah mahu menuduh pemandu yang memandu laju terlibat dengan barang terlarang tersebut, tetapi perlu fikirkan juga keselamatan orang lain dan jangan mementingkan diri.

Jangan disebabkan memandu kenderaan besar hingga menidakkan kenderaan kecil untuk turut sama menggunakan jalan yang sama. Jangan jadi pembuli jalan raya yang lain.

Kita tidak menghalang pembangunan, tetapi jangan menggadaikan nyawa dan keselamatan orang awam.

Mat kesal
Sepang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN