PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan terima kasih kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut beliau, Presiden UMNO membenarkan sayap UMNO tersebut untuk terus berjuang dan berkarya membawa semangat Pemuda UMNO.
“Pemuda UMNO kekal konsisten membawa suara rakyat tanpa rasa takut dulu kini dan selamanya. Meluruskan yang tempang dan memperbaiki kepincangan.
“Terima kasih Dato Seri Presiden @Ahmad Zahid Hamidi kerana membenarkan Pemuda UMNO kini terus berjuang dan berkarya untuk membawa semangat pemuda dulu,kini dan Insya-Allah selamanya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau turut memuat naik rakaman video lama ucapan Ahmad Zahid dalam hantaran tersebut.
Dr. Muhamad Akmal berkata, keutamaan Pemuda UMNO adalah suara rakyat, bukan suara pengadu domba yang suka melihat UMNO berpecah belah.
“Pemuda kekal ‘rileks’ dengan cara kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE